KERAJAAN pada semalam telah memberikan 375,842 dos vaksin Covid-19, hampir dua kali ganda daripada sasaran 200,000 dos, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Ini adalah hari ketiga berturut-turut jumlah suntikan harian melebihi 100,000 dos.
JKJAV berkata, lebih tiga juta penduduk, atau 9.3% populasi telah melengkapkan dua dos suntikan.
Sementara itu, 6.9 juta penduduk atau 21.3% populasi telah menerima dos pertama mereka.
Secara keseluruhan, setakat ini lebih daripada 10 juta dos vaksin telah diberikan
Negeri paling tinggi kadar vaksinasi adalah Putrajaya di mana 44.4% penduduknya telah diberi vaksin dos pertama, manakala 27.9% telah melengkapkan dua suntikan.
Selangor, negeri paling banyak kes harian Covid-19, masih menjadi negeri paling rendah memvaksinasi penduduknya dengan hanya 6.4% daripada penduduknya telah melengkapkan dua dos suntikan, manakala 19.1% telah menerima dos pertama.
Putrajaya mensasarkan untuk melengkapkan vaksinasi 10% penduduknya pada pertengahan bulan ini. – 8 Julai, 2021.
Komen