Syarikat fesyen tak bina terowong dasar laut, kata Guan Eng


Looi Sue-Chern

Lim Guan Eng mengatakan dakwaan Timbalan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong yang syarikat fesyen membina terowong dasar laut dan lebuh raya di Pulau Pinang sebagai cubaan mengelirukan rakyat. – Gambar The Malaysian Insight, 15 Januari, 2018.

KERAJAAN Pulau Pinang mengatakan syarikat fesyen dikaitkan dengan projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga projek lebuhraya tidak terlibat dalam pembinaan infrastruktur itu susulan kritikan seorang menteri Barisan Nasional mempersoalkan penglibatan syarikat itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu Dr Wee Ka Siong yang syarikat bertanggungjawab membina infrastruktur itu ialah China Railway Construction Corporation (CRCC).

“Dia cuba kelirukan rakyat, buat seolah-olah syarikat fesyen yang bina jalan.

“Wee adalah menteri yang selalu pergi ke China. Dia tiba-tiba berminat dengan projek yang melibatkan syarikat China. Tetapi dia tak mahu sebut penglibatan syarikat China.

“Dia tahu benar keupayaan syarikat…jangan awak (Wee) pura-pura tak faham. Jangan kata syarikat fesyen yang buat jalan. Jangan perlekehkan diri kita sendiri,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.

CRCC adalah syarikat pembinaan dari China. Pada 2014, ia adalah syarikat pembinaan dan kejuruteraan kedua terbesar dunia daripada aspek pendapatan.

CRCC, kata Lim juga membina Jajaran Landasan Qinghai-Tiber, landasan terbesar dunia.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan dakwaan Wee yang merupakan timbalan presiden MCA bahawa sebuah syarikat fesyen adalah pemegang saham dalam Consortium Zenith Construction Sdn Bhd yang diberikan projek pembinaan terowong dasar laut dan lebuh raya di Pulau Pinang. – 15 Januari, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen