340,043 dos vaksin suntikan vaksin diberi semalam, kata menteri


Lima negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua semalam adalah Selangor, Sarawak, Kuala Lumpur, Perak dan Johor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Julai, 2021.

JUMLAH pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 340,043 dos diberikan semalam, iaitu angka tertinggi dalam sehari setakat ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah itu, 133,286 merupakan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 206,757 dos pula adalah pemberian dos pertama bagi tempoh sama,” katanya.

Adham turut memaklumkan lima negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua semalam adalah Selangor dengan 79,998 orang diikuti Sarawak (59,269), Kuala Lumpur (53,155), Perak (20,759) dan Johor (18,431). – Bernama, 7 Julai, 2021.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen