KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 21 lagi kluster baharu Covid-19, dengan sebelas membabitkan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Sembilan kluster dikesan dalam komuniti dan satu di pusat tahanan, tambah ketua pengarah kesihatan dalam kenyataannya hari ini.
Dua puluh kluster baharu itu katanya dikesan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Pertambahan ini juga menjadikan 2,952 kluster dikesan sejak negara dilanda pandemik Covid-19, dengan 852 masih aktif, menurut Dr Noor Hisham.
Berikut 21 kluster yang dikesan:
Tempat kerja
1. Tapak Bina Damanlela 2 di Kepong, Kuala Lumpur (630 kes)
2. Bukit Kiara di Kepong, Kuala Lumpur (16)
3. Pasar Razak Mansion di Lembah Pantai dan Cheras, Kuala Lumpur (12)
4. Industri Lorong Senawang Empat di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan (324)
5. Industri Perai Lima di Pulau Pinang, Perak dan Kedah (182)
6. Jalan Perusahaan Prai di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (6)
7. Agora Borneo di Kota Kinabalu, Sabah (26)
8. Batu Tiga Bakri di Muar, Johor (19)
9. Jalan Baldwin Tiga di Batang Padang dan Kampar, Perak (39)
10. Jalan KK 6/2 Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan (8)
11. Jalan Cempaka Ampang di Hulu Langat, Selangor (25)
Komuniti
1. Panjang Sari di Muar, Johor (17)
2. Jalan Kolam Ikan Kluang di Kluang, Johor (22)
3. Jalan Sagang di Bau, Sarawak (30)
4. Sungai Sengkabang di Subis, Sarawak (58)
5. Parit Sebelas di Sabak Bernam, Selangor (18)
6. Pondok Tanjung di Larut, Matang, Selama dan Kerian, Perak (17)
7. Kampung Gong Kulim Tengah di Pasir Puteh, Bachok dan Besut di Kelantan dan Terengganu (16)
8. Kampung Kerpal di Rompin, Pahang (9)
9. Kampung Perwira di Tanah Merah, Kelantan (11)
Pusat tahanan
Pagar Langat di Kuala Langat, Selangor (13). – 6 Julai, 2021.
Komen