Lebih 300,000 dos vaksin diberi semalam, kata JKJAV


Aminah Farid

Sebanyak 9.32 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberi setakat jam 11.59 malam 5 Jun, kata JKJAV. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Julai, 2021.

LEBIH 9 juta dos vaksin sudah diagihkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat ini, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Sebanyak 313,761 dos diberi diberi semalam, dengan dos pertama sebanyak 196,603, manakala dos kedua sebanyak 117,158, sekaligus menjadikan jumlah dos yang diberi setakat jam 11.59 malam 5 Jun adalah 9.32 juta, katanya di Twitter.

JKJAV juga berkata daripada jumlah tersebut, seramai 2.740 juta individu atau 8.4% populasi negara ini lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, manakala 6.59 juta atau 20.2% populasi baru menerima satu dos.

Sebanyak  28.1% penduduk dewasa menerima satu dos, manakala 11.7% lagi sudah lengkap menerima dua dos, tambah jawatankuasa itu.

Putrajaya merekodkan angka tertinggi dengan 26.2% penduduknya sudah menerima dua dos vaksin Covid-19. Ini diikuti Labuan dengan 18.3% dan Perlis iaitu 17.4%.

Selangor yang masih mendahului merekodkan kes baharu Covid-19 terbanyak bagaimanapun merekodkan kadar vaksin terendah.

Setakat semalam, hanya 367, 895 atau 5.6% daripada 6.56 juta penduduk di negeri itu lengkap diberi dua dos vaksin.

Malaysia hari ini mencatat 7,654 kes baharu Covid-19, angka tertinggi dalam 31 hari. – 6 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen