Filipina lapor 5,392 kes baharu Covid-19


Lebih 2.8 juta penduduk Filipina sudah lengkap divaksin dan lebih 11.7 juta dos diberikan sejak program vaksinasi dilancarkan pada 1 Mac. – Gambar EPA, 5 Julai, 2021.

JABATAN Kesihatan Filipina hari ini melaporkan 5,392 jangkitan baharu  Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 1,441,746.

Sementara itu, korban meningkat kepada 25,192 selepas 43 lagi pesakit meninggal dunia, lapor Xinhua.

Filipina, dengan jumlah penduduk melebihi 110 juta, sudah menjalankan ujian saringan Covid

-19 ke atas lebih 14 juta orang sejak wabak mula dikesan pada Januari 2020.

Lebih 2.8 juta penduduk telah lengkap divaksin dan lebih 11.7 juta dos sudah diberikan sejak program vaksinasi dilancarkan pada 1 Mac.

Tahun ini, Filipina menyasarkan 70 juta rakyatnya akan menerima vaksin masing-masing. – Bernama, 5 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen