LEBIH 25,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Rusia semalam, ketika varian Delta mencetus gelombang baharu pandemik.
Negara itu mencatat 25,142 kes semalam, angka tertinggi direkodkan sejak 2 Januari, kata pihak berkuasa.
Angka kematian yang dilaporkan turun sedikit kepada 663 kes berbanding 697 pada Sabtu.
Setakat ini hanya 16% daripada 146 juta penduduk Rusia sudah disuntik vaksin.
Presiden Vladimir Putin menggesa rakyat negara itu segera mendapatkan vaksin dan mendengar nasihat pakar perubatan, serta jangan percaya kepada khabar angin mengenai vaksin Covid-19. – AFP, 5 Julai, 2021.
Komen