KKM lapor 6,658 kes baharu Covid-19


SEBANYAK 6,658 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, dengan separuh daripada jumlah itu direkodkan di Selangor, menurut Kementerian Kesihatan.

Jangkitan baharu Covid-19 melebihi 6,000 kes sejak lima hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 772,607 kes.

Selangor terus merekod angka harian tertinggi dengan 3,047 kes, diikuti  Kuala Lumpur (616), Negeri Sembilan (699) , Johor (414), Sabah (322), Sarawak (361) Melaka (345) , Pahang (200), Pulau Pinang (142), Perak (108),  Labuan (108), Kedah (145), Kelantan (89), Terengganu (51), Putrajaya (16) dan Perlis (2).

Angka harian terus meningkat ketika seluruh negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan sejak 1 Jun, dan 34 mukim di Selangor serta 14 lokaliti di Kuala Lumpur di bawah Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan mulai hari ini sehingga 16 Julai. – 3 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen