KKM kesan 17 kluster baharu Covid-19, 9 babit tempat kerja


Ravin Palanisamy

KKM hari ini mengesan 17 lagi kluster baharu Covid-19,tujuh daripadanya membabitkan tempat kerja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Julai, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini mengesan 17 lagi kluster baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif dalam negara kini 877, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata tujuh kluster membabitkan tempat kerja, lima kluster komuniti dan tiga lagi melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Bagi penularan di tempat kerja, tiga dikesan di Johor, dua di Selangor manakala masing-masing satu di Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, katanya dalam kenyataan hari ini.

Lima kluster komuniti pula, dua dikesan di Kelantan serta masing-masing satu di Johor, Sarawak dan Sabah.

Bagi kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, dua dikesan di Selangor, manakala satu di Johor.

Berikut 17 kluster baharu yang dikesan:

Tempat kerja

  1. Damai 16 di Johor Bahru, Johor – 13 kes
  2. Jalan By Pass Batu Anam di Segamat, Johor – 26 kes
  3. Keluli Industri Tiga di Johor Bahru, Johor – 9 kes
  4. Perdagangan Harmoni Satu di Sepang, Selangor – 19 kes
  5. Jalan Besar Teras Jernang di Sepang dan Hulu Langat, Selangor – 42 kes
  6. Tapak Bina Persiaran Institusi di Sepang, Selangor – 39 kes
  7. Kilometer 85 Mukah di Mukah, Sarawak – 92 kes
  8. Jalan Masjid India di Lembah Pantai, Cheras, Kepong dan Titiwangsa, Kuala Lumpur – 13 kes
  9. Tingkat Perusahaan 4A di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang – 9 kes

Komuniti 

  1. Kampung Sungai Hilir Perupok di Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan – 9 kes
  2. Kampung Pahi Kuala Krai di Kuala Krai, Kelantan – 21 kes
  3. Kompleks Fasa Dua di Muar, Johor  – 19 kes
  4. Sungai Gamong di Meradong, Sarawak – 13 kes
  5. Tanjung Pitas di Pitas, Sabah – 43 kes

Kumpulan Berisiko Tinggi

  1. Persiaran Mardi di Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak – 52 kes
  2. Jalan Orkid di Hulu Selangor, Selangor – 15 kes
  3. Persiaran Soga di Batu Pahat dan Kluang, Johor – 19 kes

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 2,882 kluster dikesan sejak negara dilanda pandemik Covid-19, dengan 2,005 kluster telah diisytiharkan tamat. – 2 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen