Tempat letak kereta di bahu jalan percuma di KL mulai esok, kata Annuar


Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata, bayaran parkir di tempat letak kereta bahu jalan di Kuala Lumpur tidak akan dikenakan bayaran mulai esok, dan penjimatan ini diharap boleh membantu rakyat membeli barang keperluan keluarga. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2021.

PEMANDU kenderaan akan dikecualikan daripada membayar parkir di tempat letak kereta di bahu jalan sekitar ibu kota mulai mulai esok sehingga 31 Ogos, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Beliau berkata inisiatif terbabit bertujuan untuk meringankan beban warga kota. 

“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31 Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur adalah percuma.

“Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga,” katanya menerusi hantaran di Twitter rasminya hari ini. – Bernama, 1 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen