PIHAK berkuasa kesihatan telah mengenal pasti 27 kluster baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini kepada 887, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, terdapat 13 kluster berkaitan jangkitan komuniti, 12 kluster berkait tempat kerja, satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu lagi berkait sektor pendidikan.
Berhubung kluster komuniti, masing-masing dua kluster dikesan di Kelantan, Pahang, Selangor, Johor dan Perak, manakala satu kluster dikesan di Sabah, Sarawak dan Putrajaya.
Manakala kluster tempat kerja pula, empat dikesan di Selangor, masing-masing tiga di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan serta dua lagi dikesan di Pahang.
Satu kluster berisiko tinggi dikesan di Johor, manakala satu kluster sektor pendidikan dilaporkan menular di Putrajaya dan Selangor.
27 kluster baharu Covid-19 itu ialah:
Jangkitan Komuniti
1. Taman Desa An Nur di Kota Bharu, Kelantan - 11 kes
2. Banggol Chicha Ketereh di Kota Bharu, Kelantan - 10 kes
3. Kg Lada di Jerantut, Pahang - 24 kes
4. Sg Ling di Maran, Pahang - 14 kes
5. Jalan Empat Bandar Baru Bangi di Hulu Langat, Selangor - 39 kes
6. Cahaya Enam di Sabak Bernam, Selangor - 13 kes
7. Kenawar 69 di Segamat, Johor - 19 kes
8. Jalan Bidara di Tangkak, Johor - 10 kes
9. Rimba Raja di Perak Tengah, Perak - 12 kes
10. Kg Jelutong di Kampar, Perak - 13 kes
11. Muhibbah Menggatal di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran, Sabah - 42 kes
12. Nanga Belungai di Tatau, Sarawak - 13 kes
13. Jalan Putra Sembilan di Putrajaya - 12 kes
Tempat kerja
14. Industri Balakong Sembilan di Hulu Langat, Selangor - 20 kes
15. Jalan PJS Lapan di Petaling, Selangor - 17 kes
16. Tapak pembinaan Bandar Sunsuria di Sepang, Selangor - 34 kes
17. Industri Sg Chua Satu di Hulu Langat, Selangor - 11 kes
18. Jalan Alor Setar di Cheras, Kuala Lumpur - 6 kes
19. Tapak pembinaan Jalan Choo Cheng Kay di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 12 kes
20. Tapak pembinaan Jalan Tun Razak di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 25 kes
21. Industri Lorong Bunga Tanjung Satu di Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan - 101 kes
22. Jalan Dataran Segar di Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan - 46 kes
23. Jalan TJ 2 di Seremban, Negeri Sembilan - 49 kes
24. Benus Industri di Bentong dan Raub, Pahang - 73 kes
25. Jalan Jaya Temerloh di Temerloh dan Maran, Pahang - 15 kes
Kluster lain
26. Jalan Pee Kang Hai di Segamat, Johor - 29 kes (Kluster Berisiko Tinggi)
27. Jalan Tanggilan di Putrajaya, dan Kuala Langat, Selangor - 9 kes (Kluster Pendidikan)
Noor Hisham berkata, tambahan kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster negara kepada 2,812, dengan 1,934 kluster telah tamat. – 29 Jun, 2021.
Komen