SURAM. Itu perkataan yang dapat menggambarkan keadaan Covid-19 di Malaysia hari ini dengan angka menunjukkan lonjakan jumlah kes baharu, kematian dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital di seluruh negara.
Kes melebihi 6,000 kali terakhir direkodkan pada 18 Jun lalu ketika Kementerian Kesihatan mengesan 6,440 jangkitan baharu dalam masa 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 107 kematian dalam dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 5,108.
Kali terakhir kementerian melaporkan kematian dalam tiga angka adalah pada 15 Jun dengan 101 kematian.
Angka kematian tertinggi di negara ini dalam tempoh sehari adalah pada 2 Jun apabila seramai 126 orang meninggal dunia akibat wabak ini.
Jumlah pesakit yang dirawat di ICU juga meningkat kepada 905 orang setakat hari in daripada 899 orang yang dilaporkan semalam dengan jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan seramai 455 orang, meningkat dari 451 orang semalam.
Noor Hisham berkata, kes aktif di negara ini juga terus meningkat kepada 62,844 apabila lebih banyak jangkitan baharu dilaporkan dari jumlah pesakit pulih selama empat hari berturut-turut.
Terdapat 6,437 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 745,703. – 29 Jun, 2021.
MENYUSUL
Komen