Pengguna media sosial lancar kempen kibar bendera putih


Pengguna Twitter membidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang turut menyebarkan kempen #BenderaPutih.– Gambar Twitter, 29 Jun, 2021.

PENGGUNA media sosial menggesa mereka yang memerlukan bantuan ketika sekatan pergerakan untuk mengibarkan bendera putih di luar kediaman mereka bagi memudahkan pihak lain menghulurkan bantuan apabila melihat bendera berkenaan.

Mesej ini disebarkan di Twitter dan Facebook dengan tanda pagar #RakyatJagaRakyat dan #BenderaPutih, yang menjadi petanda sentimen terhadap kerajaan semakin buruk selepas lanjutan sekatan pergerakan.

Tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan gesaan untuk golongan memerlukan menaikkan bendera putih, namun posting mengenainya di media sosial bermula semalam dan meningkat menjelang malam.

Ramai yang berkongsikan apa yang diilihat sebagai postng asal gambar bendera putih bersama dengan mesej berikut:

“Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rrumah anda…biar orang sekeliling pakat bantu dan berikan sedikit sebanyak yang termampu.

“Jangan ambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Elakkan stres. Berkongsilah masalah dengan orang ramai.

“Tidak peru merayu..Tidak perlu merasa malu..Hanya kibarkan kain putih, semoga ada yang membantu,” menurut mesej itu.

Pengguna Twitter turut menggesa pihak lain untuk kongsikan secara meluas, dengan ramai yang mengatakan kerajaan tidak boleh diharapkan lagi untuk membantu mereka yang memerlukan selepas lanjutan sekatan pergerakan dan peningkatan kes Covid-19.

“Gila, ia sememangnya #RakyatJagaRakyat ketika ini..kerajaan berulang kali mengecewakan kita..Sila letak jawatan,” kata @furrarie yang turut tag Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam postingnya.

“Bantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan hari ini. Tiada siapa akan jagakita. Kita perlu bantu antara satu sama lain,” tulis @iamjoelee.

“Kibarkan bendera putih, baju putih jika perlukan bantuan. Saya tahu kamu sudah penat. Tolong tolong tolong bertahan. Kamu tidak keseorangan. Kerajaan sudah abaikan kita tetapi kita jangan abaikan satu sama lain,” tulis @elyaaalyaa.

Beberapa tanda pagar lain turut diperkenal di media sosial selepas penggunanay meluahkan kekecewaan mereka berhubung sekatan pergerakan yang berlarutan, kekurangan bantuan dan berita kes bunuh diri yang dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Salah satunya adalah #KerajaanBangsat yang mana pengguna Twitter menyatakan ia sepatutnya menggantikan tanda pagar #KerajaanGagal.

“#KerajaanBangsat kini trending. Ia bukan petanda baik untuk kerajaan, tetapi petanda baik untuk rakyat. Rakyat tahu apa yang mereka lakukan. Teruskan perjuangan hak kita,” kata pengguna Twitter, Amirul. – 29 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen