KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 22 kluster baharu Covid-19 hari ini menjadikan kluster aktif di negara ini sebanyak 880, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata, daripada kluster baharu, 16 dikesan di tempat kerja sementara selebihnya berkaitan jangkitan komuniti.
Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kluster tempat kerja paling banyak iaitu empat diikuti Kuala Lumpur tiga kluster.
Ketiga-tiga kluster tempat kerja di Kuala Lumpur melibatkan tapak pembinaan.
Johor, Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing menyumbang dua kluster tempat kerja sementara Sarawak, Kedah dan Kelantan masing-masing mencatatkan satu kluster.
Bagi jangkitan komuniti, hanya Sarawak melaporkan dua kluster sementara Terengganu, Kelantan, Johor dan Kedah masing-masing melaporkan satu kluster.
22 kluster baharu Covid-19 adalah:
Tempat kerja
1. Industri Waja 2 di Kuala Langat dan Klang, Selangor - 29 kes
2. Industri Jalan Laksamana Satu di Klang, Selangor Klang - 29 kes
3. Industri Jalan Dolomite Dua di Gombak, Selangor Gombak – 6 kes
4. Tapak pembinaan Lingkaran Eco Majestic di Hulu Langat, Selangor - 24 kes
5. Tapak pembinaan Jalan Wangsa 2 di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 23 kes
6. Tapak pembinaan Jalan Kiara Tujuh di Kepong, Kuala Lumpur Kepong - 11 kes
7. Tapak pembinaan Jalan Kasipillay di Kepong, Kuala Lumpur - 18 kes
8. Jalan Tanjung Puteri Satu di Johor Bahru, Johor - 6 kes
9. Jalan Kebun Bakri di Muar, Johor - 9 kes
10. Industri Persiaran Bunga Tanjung Satu di Seremban, Negeri Sembilan - 16 kes
11. Industri Bunga Tanjung Dua di Seremban, Negeri Sembilan - 26 kes
12. Industr Teknologi Cheng 22 di Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka - 36 kes
13. Business City di Melaka Tengah, Melaka - 23 kes
14. Jalan Semariang di Kuching, Sarawak – 36 kes
15. Industri Dah Sembilan Sg Petani di Kuala Muda, Kedah - 18 kes
16. Bandar Baru Lubok Jong di Pasir Mas, Kelantan – 7 kes
Komuniti
17. Simpang Koko di Sarikei, Sarawak - 59 kes
18. Luteng di Telang Usan, Sarawak - 44 kes
19. Kubang Jela di Kuala Terengganu, Terengganu – 19 kes
20. Kg Telosan di Pasir Puteh, Kelantan - 10 kes
21. Jalan Gunung Lapan di Johor Bahru, Johor - 9 kes
22. Dah Sawi di Kulim, Kedah - 27 kes
Noor Hisham berkata jumlah kluster di negara ini kini berjumlah 2,794 dengan 22 penambahan baharu.
Katanya, 1,914 kluster berakhir setakat hari ini. – 25 Jun, 2021.
Komen