Pelan pemulihan hanya jadual tanpa penyelesaian, kata Dr Mahathir


Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin tidak menjelaskan sebarang langkah mengurangkan jumlah kes baharu malah tidak menjelaskan lebih lanjut bila perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh akan dilonggarkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Jun, 2021.

PELAN Pemulihan Negara Putrajaya untuk memerangi pandemik Covid-19 dan kejatuhan ekonomi hanyalah jadual waktu tanpa penyelesaian, kata Dr Mahathir Mohamad.

Namun bekas perdana menteri itu berkata, memaksa pertukaran kerajaan sekarang juga tidak akan menjamin penyelesaian.

Dr Mahathir berkata, pelan pemulihan seperti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu menumpukan pada tindakan untuk mengurangkan jumlah kes baharu Covid-19.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata Muhyiddin tidak menjelaskan sebarang langkah mengurangkan jumlah kes baharu malah tidak menjelaskan lebih lanjut bila perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh akan dilonggarkan.

“Sayangnya ini lebih merupakan jadual untuk pemulihan berdasarkan jumlah kes baharu dan tarikh bila PKP penuh akan dilonggarkan.

“Bagaimana pengurangan yang harus dicapai dalam jangka waktu yang ditentukan tidak dijelaskan. Virus ini mungkin tidak akan ikut dan akan terus merebak negara ini walaupun ada jadual.

“Kita tahu misalnya prosedur operasi standard (SOP) bertujuan untuk mengurangkan penyebaran pandemik. Kami juga tahu PKP juga bertujuan untuk mengurangkan jangkitan.

“Tetapi peningkatan jumlah kes baharu bermaksud SOP dan PKP belum berkesan,” kata Dr Mahathir dalam catatan terbaharu diblognya.

Beliau turut menambah pengurusan pandemik Perikatan Nasional tidak begitu baik malah menukar kerajaan sekarang tidak akan menjamin penyelesaian.

“Sebahagian ahli politik percaya apa yang perlu kita buat adalah dengan sidang Parlimen. Ya ini bagus dan perlu. Tetapi ramai berpendapat yang diperlukan adalah tukar kerajaan.

“Saya rasa perubahan diperlukan. Tetapi kemungkinannya adalah dengan mendapat kerajaan lemah yang lain dengan majoriti tipis. Masalahnya cuma sekadar menjadi Perdana Menteri - itu sahaja.”

Dr Mahathir berkata, sementara kerajaan sedang mendengar dan membuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan, mereka juga dapat bawa profesional berpengalaman luas untuk mengatasi krisis.

Pakar ekonomi memberitahu The Malaysian Insight, Putrajaya telah meninggalkan banyak masalah penting yang belum dijumpai dalam Pelan Pemulihan Negara Covid-19, termasuk mengenal pasti jalan keluar untuk sektor informal dan kekurangan model ekonomi baharu selepas pandemik.

Mereka berkata perlan pemulihan empat fasa oleh Muhyiddin tidak termasuk melindungi sektor sosial atau menunjukkan bagaimana Malaysia akan diletakkan bagi meneruskan perdagangan dan pelaburan di peringkat antarabangsa.

Tambah mereka, pelan pemulihan memerlukan itu menggunakan banyak masa bagi memulakan semula ekonomi negara.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen