5,803 kes baharu Covid-19 hari ini, kata KP kesihatan


KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 5,803 kes baharu Covid-19, dengan lebih separuh direkodkan di Lembah Klang.

Ini menjadikan sebanyak 728,462 kes dicatatkan sejak negara dilanda pandemik awal tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor masih mendahului dengan 2,108 kes, diikuti Negeri Sembilan (741) dan Kuala Lumpur (628).

Di negeri lain, Johor mencatat 329 kes, Sabah (189), Sarawak (491), Kelantan (103), Pulau Pinang (160), Perak (137), Kedah (186), Melaka (355), Pahang (220), Terengganu (29), Labuan (99), Putrajaya (24) dan Perlis (4).

Dalam perkembangan berkaitan, lebih tujuh juta dos vaksin telah diberi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat ini, selepas 215,968 suntikan vaksin diberi semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV hari ini memaklumkan, sebanyak 148,380 dos pertama dan 67,588 dos kedua diberikan semalam. 

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang telah disuntik setakat 11.59 malam semalam adalah 7.03 juta dos.  – 26 Jun, 2021.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen