Kluster tempat kerja terus dominasi senarai kluster


18 kluster tempat kerja, 2 kluster jangkitan komuniti dan satu kluster berkait pusat tahanan dilaporkan hari ini, kata Noor Hisham. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2021.

HANYA tiga daripada 21 kluster Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini tidak berkait dengan tempat kerja, kata ketua pengarah kesihatan.

Noor Hisham Abdullah berkata, selain 18 kluster tempat kerja, pihak berkuasa kesihatan juga mengesan dua kluster melibatkan komuniti dan satu dikaitkan dengan pusat tahanan.

Dua kluster jangkitan komuniti itu ialah Jalan Laksamana Intan di Hilir Perak, Perak yang melaporkan 14 kes serta kluster Pengkalan Gelugor di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Terengganu dengan 31 kes.

Jalan Laksamana Intan dikaitkan dengan pesakit simptomatik sementara Pengkalan Gelugor berkait dengan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Selain itu, kluster Kilometer Puncak Borneo mempunyai 23 kes, melibatkan tahanan di pusat pemulihan di Kuching dengan 65 kes.

18 kluster tempat kerja dalam senarai hari ini ialah:

  1. Tapak Pembinaan Lebuh 2 di Sepang, Selangor – 28 kes
  2. Jalan City di Sepang, Selangor – 49 kes
  3. Industri Jalan Seruling 59 di Klang, Selangor – 70 kes.
  4. Industri SS Lapan Dua di Petaling, Selangor – 115 kes
  5. Industri Jalan Norton, Kuala Langat, Selangor – 7 kes
  6. Jalan Cyberia Dua di Sepang dan Kuala Langat, Selangor – 13 kes
  7. Industri Kilometer 17 Rawang di Gombak, Selangor – 9 kes
  8. Jalan Air Depan Dua Ampang di Hulu Langat dan Gombak, Selangor dan Kepong, Kuala Lumpur – 39 kes
  9. Tapak Pembinaan Jalan Utara di Lembah Pantai dan Cheras, di Kuala Lumpur – 16 kes
  10. Tapak Pembinaan Matahari 2 di Titiwangsa, Kuala Lumpur – 142 kes
  11. Jalan Taman Ibu Kota di Titiwangsa, Kuala Lumpur – 13 kes
  12. Jalan Raja Muda Musa di Titiwangsa, Kuala Lumpur – 9 kes
  13. Jalan Nirwana Dua di Melaka Tengah, Melaka – 23 kes
  14. Wakaf Aik di Bachok dan Kota Bharu, Kelantan – 13 kes
  15. Jalan Kampung Dua di Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang – 14 kes
  16. Kailan Tringkap di Cameron Highlands, Pahang dan Kinta, Perak – 17 kes
  17. Dah 11 Industri Sungai Petani di Kuala Muda, Kedah – 21 kes
  18. Jalan Kidurong Lima di Bintulu dan Sebauh di Sarawak – 20 kes

Kluster tempat kerja ini dikesan di kilang, syarikat perkhidmatan, pasar raya dan tapak pembinaan.

Dr Noor Hisham turut berkata negara ketika ini mempunyai 873 kluster jangkitan aktif. – 25 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen