Rekod 268,604 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam


Sebanyak 268,604 individu menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2021.

MALAYSIA terus menyaksikan trend peningkatan jumlah pemberian vaksin setiap hari, dengan 268,604 individu diberikan suntikan vaksin Covid-19 semalam di bawah program imunisasi negara.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata 175,201 menerima dos pertama dan 93,403 dos kedua.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan 6.82 juta dos vaksin sudah diberikan kepada orang ramai sejak 24 Februari.

Sebanyak 4.92 juta atau 15.1% daripada populasi sudah menerima dos pertama dan 1.89 juta lagi lengkap dua dos.

Putrajaya merekodkan kadar imunisasi tertinggi iaitu 22.2%, atau 24,460 pendudukan sudah menerima vaksin penuh.

Kuala Lumpur memberikan jumlah vaksin tertinggi iaitu 857,559 dos pertama (48.3%) dan 163,987 (9.2%) dos kedua.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata sasaran untuk memberi vaksin Covid-19 kepada 10% daripada populasi mungkin tercapai pada pertengahan Julai.

Terdapat 10.7 juta dos lagi akan diberikan sebelum dapat mencapai sasaran itu.

Khairy berkata bagi setiap 100 dos vaksin diberikan, 30 daripadanya adalah dos kedua. – 25 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen