MALAYSIA melaporkan 30 kluster baharu Covid-19 hari ini, menyamai rekod sebelum ini pada 6 Jun, sekali gus menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 867, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata daripada jumlah kluster dikesan hari ini, 20 kluster berkait tempat kerja, manakala sembilan adalah jangkitan komuniti dan satu kluster berkait kumpulan berisiko tinggi.
Kluster yang dikesan hari ini melibatkan sembilan kluster di Selangor, empat di Kuala Lumpur, masing-masing tiga di Negeri Sembilan, Kedah dan Johor, masing-masing dua di Sarawak, Sabah dan Kelantan, dan masing-masing satu di Perak dan Pahang.
Satu kluster tempat kerja di Klang, Selangor dan satu kluster akibat jangkitan dalam komuniti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur merupakan penyumbang terbesar kes dalam kluster, dengan 101 kes dikesan dalam setiap kluster.
30 kluster baharu Covid-19 ialah:
Tempat kerja
1. Tapak Pembinaan Persiaran Aspirasi di Sepang, Selangor - 16 kes
2. Sg Linau di Sepang, Selangor - 12 kes
3. Jalan Langat Utama Satu di Kuala Langat, Selangor - 12 kes
4. Industri Jalan Kilang Bestari di Kuala Selangor, Selangor - 22 kes
5. Industri Jalan Seruling 57 di Klang, Selangor - 101 kes
6. Industri Rawang Perdana Satu di Gombak, Hulu Selangor, Klang dan Petaling, Selangor - 28 kes
7. Industri Mahkota Beranang di Hulu Langat, Selangor - 36 kes
8. Industri Jalan Udang di Klang, Selangor - 22 kes
9. Jalan Haruan Tujuh di Seremban, Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan - 81 kes
10. Perusahaan Pantai di Seremban, Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan - 74 kes
11. Permata Satu 2 di Seremban, Negeri Sembilan - 36 kes
12. Jalan Sg Antu di Sibu ad Meradong, Sarawak - 24 kes
13. Industri Murni Lapan di Kulai dan Johor Bahru, Johor - 31 kes
14. Industri Jalan Keluli di Johor Bahru, Johor 21 kes
15. Dah Industri Sg Getah di Kuala Muda, Kedah - 16 kes
16. Dah 3/5 Industri Sg Petani di Kuala Muda, Kedah - 22 kes
17. Paris Tiga di Kinabatangan, Sabah - 29 kes
18. Taman Tun Dr Ismail di Kepong, Kuala Lumpur - 22 kes
19. Pulai Jaya Sembilan di Kinta, Perak - 6 kes
20. Sentral Triang di Bera, Pahang - 18 kes
Komuniti
21. Jalan Kubur di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 53 kes
22. Pantai Ria di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 98 kes
23. Taman Bukit Angkasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 101 kes
24. Kg Kajang Sebidang di Tumpat, Kelantan - 30 kes
25. Taman Kurnia Jaya di Kota Bharu, Kelantan - 28 kes
26. Dah 30 Relong di Pendang, Kedah - 21 kes
27. Kem Brumas di Kalabakan, Sabah - 20 kes
28. Jalan Senai Jaya Satu di Kulai, Johor - 16 kes
29. Sg Separai di Tatau, Sarawak - 33 kes
Kumpulan Berisiko Tinggi
30. Jalan Cox di Klang, Selangor - 15 kes
Penambahan kluster baharu ini, kata Noor Hisham, menjadikan jumlah kluster di negara ini mencecah 2,720 dan di antaranya, 1,853 kluster telah tamat. – 24 Jun, 2021.
Komen