SARAWAK akan memberi vaksin kepada semua penduduknya yang memenuhi syarat di kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sebelum arahan ditarik balik.
Ini untuk melihat sama ada ia dapat mengurangkan jumlah kes berulang dalam komuniti yang sama, kata Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Dr Sim Kui Hian.
Katanya, percubaan dimulakan semalam dengan 358 penduduk kampung Kg Sinar Budi Baru, di pinggir Kuching, di Batu Kawa.
Beliau menambah yang proses vaksinasi kepada semua 358 penduduk kampung selesai dalam tempoh empat jam.
Sim, yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan, berkata mereka yang divaksin sudah berdaftar dalam sistem MySejahtera dan diuji negatif virus selepas ujian saringan kedua PCR mereka.
Jawatankuasa bencana menarik balik arahan PKPD bagi kampung ini, yang dilaksanakan pada 9 Jun, semalam.
Wabak dikesan di kalangan ahli tiga keluarga yang menghadiri perjumpaan selepas Aidilfitri.
Ia seterusnya membawa kepada pengesanan kes aktif dengan menjalankan ujian saringan terhadap 38 orang dan mendapati 19 orang positif virus tersebut.
“Semoga pendekatan vaksinasi baru ini, sebelum dibebaskan daripada kuarantin PKPD dapat mengurangkan kes berulang dalam komuniti yang sama,” tulisnya di laman Facebook.
Beliau berkata ini adalah percubaan pasukan vaksinasi mendekati orang ramai, berbanding pergi pergi ke pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan mereka.
Sim juga berkata pusat pemberian vaksin (PPV) di pusat membeli-belah Spring, yang mulai beroperasi, hari ini mampu memvaksinasi sehingga 400 orang sehari.
PPV itu terhad kepada pekerja di pusat membeli-belah di bandar dan kakitangan pengurusannya.
Beliau berkata ia akan ditingkatkan untuk memvaksinasi 900 orang sehari. – 24 Jun, 2021.
Komen