Kes baharu Covid-19 Indonesia lepasi angka 15,000


Petugas kesihatan di unit rawatan rapi (ICU) melakukan pemeriksaan rutin ke atas pesakit Covid-19 di Hospital Bogor, Indonesia. Negara merekodkan jumlah tertinggi 15,308 kes baharu Covid-19. – Gambar EPA, 23 Jun, 2021.

INDONESIA merekodkan 15,308 kes baharu Covid-19, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Menurut data yang disiarkan hari ini di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,033,421.          

Sebanyak 1,817,303 pesakit dikatakan sembuh, manakala sebanyak 303 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 55,594 orang.          

Peningkatan kes baharu sejak seminggu lepas dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan kehadiran varian Delta yang lebih cepat menular. – Bernama, 23 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen