SEBANYAK 13 daripada 21 kluster Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini berkaitan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain 13 kluster tempat kerja, terdapat lima kluster komuniti.
13 kluster tempat dalam senarai hari ini adalah:
1. Jalan Persiaran Enam, Kuala Selangor, Selangor- 14 kes
2. Industri SS Lapan, Sungai Way in Petaling, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor- 97 kes
3. Tapak Pembinaan Laluan Klang, Klang, Selangor- 24 kes
4. Jalan Permata 22 di Gombak, Selangor-14 kes
5. Industri Kampung Bukit Angkat di Hulu Langat, Selangor-28 kes
6. Jalan Kebun Baru di Kuala Langat, Selangor- 10 kes
7. Taman Pusat Kepong di Kepong, Kuala Lumpur- 22 kes
8. Jalan Kepong Usaha di Kepong, Kuala Lumpur-29 kes
9. Jalan Tasik Selatan di Cheras, Kuala Lumpur- 15 kes
10. Jalan Sri Hartamas di Kepong, Kuala Lumpur- 21 kes
11. Industri Jalan Teknologi Lima Ismail di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan- 30 kes
12. Industri Jalan Senawang Empat di Seremban, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau-13 kes
13. Jalan Maju Lima di Johor Bahru dan Kota Tinggi-35 kes
Kluster ini dikesan di kilang, syarikat perkhidmatan dan tapak pembinaan.
Tiga daripada lima kluster komuniti dalam senarai hari ini dilaporkan di Kelantan.
Ini termasuk Kampung Bukit Tanah (11 kes) di Pasir Puteh, Kampung Kubang Hakim (10 kes) di Pasir Mas dan Kampung Pulau Tukang Dollah (41 kes) di Kota Bahru.
Dua kluster komuniti lain iaitu Lunyim di Telang Usan (21 kes) dan Sungai Long Seripa di Sebauh (40 kes) dilaporkan di Sarawak.
Sementara itu, kategori berisiko tinggi, pusat tahanan dan pendidikan masing-masing melaporkan satu kluster.
Kluster berkenaan adalah Dah Perdana Tinggi sebanyak 15 kes di Kulim, Kedah (pendidikan), kluster Tembok Ulu Teris sebanyak 16 kes di Sepang, Selangor (pusat tahanan) dan Jalan Laksamana Cheng Ho di Melaka Tengah yang menyaksikan 26 kes.
Dr Noor Hisham berkata sehingga kini terdapat 850 kluster aktif di negara ini. – 22 Jun, 2021.
Komen