4,743 kes baharu Covid-19


Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,566 kes diikuti Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507) dan Johor (293). – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Jun, 2021.

KES baharu Covid-19 di negara ini kekal di bawah 5,000 kes selama dua hari berturut-turut.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 4,743 kes direkodkan hari ini, namun meningkat sebanyak 232 kes berbanding 4,611 semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 705,762 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,566 kes diikuti Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507) dan Johor (293).

Sementara, Pulau Pinang mencatat 195 kes, Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68), Terengganu (37), Putrajaya (tujuh) dan Perlis (dua). – Bernama, 22 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen