Kerajaan perlu perjelas harga siling keseluruhan ujian Covid-19, desak MMA


Pengumuman kerajaan mengenai had harga menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat merupakan harga maksimum yang mereka perlu bayar, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr. Subramaniam Muniandy. – Gambar The Malaysian Insight, 20 Jun 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan perlu menyatakan dengan jelas jika harga siling untuk ujian Covid-19 hanyalah kos ujian makmal atau termasuk keseluruhan prosedur ujian yang melibatkan kos lain, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presidennya Dr. Subramaniam Muniandy berkata, pengumuman kerajaan mengenai had harga menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat merupakan harga maksimum yang mereka perlu bayar untuk keseluruhan prosedur ujian itu di kemudahan kesihatan swasta.

Beliau berkata, ia tidak jelas sama ada harga siling ini mampu menampung kos lain yang berkaitan dengan pengumpulan sampel yang merangkumi harga kit ujian, kos operasi dan alat pelindung.

Katanya, dalam sesuatu kes, sekiranya seseorang yang bergejala berjumpa doktor dan meminta untuk melakukan ujian maka kos perundingan juga mesti diambil kira.

Makmal juga menanggung kos untuk memproses spesimen.

“Prosedur operasi standard yang ketat (mesti diikuti) bagi memastikan hasil yang berkualiti tinggi.

“Sebarang cubaan untuk menetapkan harga siling yang lebih rendah semata-mata menjadikannya mampu bayar oleh orang ramai akan membawa kepada kesan buruk.

“Perkara terakhir yang kita perlukan adalah mana-mana pihak terpaksa berkompromi terhadap keselamatan atau kualiti hanya untuk merasionalisasikan kos prosedur agar berada dalam batas yang ditentukan,” kata Dr Subramaniam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada 15 Jun mengumumkan harga siling untuk ujian Covid-19.

Harga tersebut diwartakan melalui Ordinan Darurat 2021 bulan lalu.

Ia menetapkan harga siling untuk ujian RT-PCR pada RM150, ujian RTK-Antigen pada RM60 dan ujian RTK-Antibodi pada harga RM50 di Semenanjung Malaysia.

Ujian yang sama masing-masing berjumlah RM200, RM80 dan RM70 dii Sabah dan Sarawak.

Dr Subramaniam berkata, kadar ini terlalu rendah untuk mewakili nilai saksama yang mengimbangi jumlah kos dan usaha yang terlibat selama kedua komponen prosedur berkenaan. – 20 Jun, 2021.

Berit penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen