Bersatu Pahang terus sokong Muhyiddin, kata Saifuddin


Ketuanya Saifuddin Abdullah berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Bersatu negeri, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Jun, 2021.

BADAN Pimpinan Bersatu Negeri Pahang sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Ketuanya Saifuddin Abdullah berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Bersatu negeri, hari ini.

“Kami juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan perdana menteri. 

“Ingin ditegaskan di sini bahawasanya Bersatu Pahang akan terus bersama kepimpinan rakan-rakan komponen PN sama ada di peringkat pusat dan juga negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara terutamanya dalam negara sedang menghadapi cabaran pandemik Covid-19. – Bernama, 20 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen