BRAZIL pada Sabtu melepasi angka 500,000 kematian akibat koronavirus, selepas Amerika Syarikat.
“500,000 nyawa hilang akibat wabak penyakit yang menimpa Brazil dan dunia kita,” kata Menteri Kesihatan Marcelo Queiroga.
Kemas kini terbaru daripada kementeriannya berkata jumlah korban sekarang adalah 500,800, dengan 2,301 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir.
Pakar berkata angka diumumkan kerajaan jauh lebih rendah dengan jumlah sebenar akibat krisis kesihatan.
Minggu ini jumlah kematian harian di Brazil melebihi 2,000 untuk pertama kalinya pada 10 Mei.
Brazil yang mempunyai 212 juta penduduk, menjadi negara kedua selepas AS yang melebihi 500,000 kematian akibat Covid-19.
Amerika Selatan mengalami gelombang kedua wabak tahun ini apabila pada satu ketika ia mencecah 4,000 kematian sehari.
Lebih 60% kematian Brazil berlaku sejak awal 2021.
Brazil kini bergelut dengan gelombang ketiga wabak, dengan jangkitan dan kematian semakin meningkat.
Menurut laporan mingguan terbaru daripada yayasan penyelidikan perubatan Fiocruz, negara ini berada dalam keadaan “kritikal” dengan jumlah kematian yang tinggi dan kemungkinan keadaan bertambah buruk dalam beberapa minggu akan datang apabila musim sejuk tiba di hemisfera selatan tiba.
Pakar bimbang kempen vaksinasi negara yang perlahan, penyebaran varian virus yang lebih agresif dan respons Presiden Jair Bolsonaro terhadap langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup mula dan tindakan sekatan.
Queiroga menulis di Twitter, beliau bekerja keras untuk memastikan semua rakyat Brazil menerima suntikan vaksin dalam waktu sesingkat mungkin dan mengubah senario yang melanda negara sejak lebih setahun. – AFP, 20 Jun, 2021.
Komen