KKM kesan 24 kluster baharu Covid-19


Sebanyak 24 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Januari, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM)  mengesan 24 lagi kluster baharu hari ini, melibatkan 12 kluster di tempat kerja, tujuh kluster komuniti, empat kluster di pusat tahanan dan satu kluster berisiko tinggi iaitu Kluster Dah Tiong di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster di tempat kerja melibatkan Kluster Tapak Bina Perdagangan Dana, Kluster Jalan Tujuh Selatan Dua, Kluster Industri Jalan Dua, Kluster Industri Alam Jaya 2/1 dan Kluster Jalan Vita Dua di Selangor; Kluster Tanjung Bin Dua, Kluster Jalan Kenyalang dan Kluster Jalan Kempas Lima (Johor) dan Kluster Industri Jalan P1 Ayer Keroh di Melaka.

Kluster Dah Industri Jabi di Kedah, Kluster Tapak Bina Jalan Perumahan Gurney (Kuala Lumpur) serta Kluster Selindang di Pahang.

“Bagi kluster komuniti ialah Kluster Taman Merbau Utama, Kluster Kampung Bedal dan Taman Damai di Kelantan; Kluster Mongkos 2, Kluster Sungai Banun dan Kluster Tebakang Dayak (Sarawak) serta Kluster Jalan Tengah di Johor,” katanya.

Kluster di pusat tahanan melibatkan Kluster Tembok Mantin di Negeri Sembilan, Kluster Tembok Labuan (Labuan), Kluster Tembok Kluang (Johor) dan Kluster Tembok Machang (Kelantan). – 19 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen