Moscow catat 9,120 kes baharu Covid-19


Moscow yang menjadi pusat penularan virus itu merekodkan hampir separuh daripada keseluruhan 5.3 juta kes di seluruh negara. – Gambar EPA, 19 Jun, 2021.

MOSCOW mencatatkan kes baharu tertinggi Covid-19 dengan 9,120 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam lepas.

Semalam, ibu negara Rusia itu merekodkan 9,056 kes, meningkat hampir tiga kali ganda berbanding purata 3,000 kes dua minggu lalu.

Peningkatan kes baharu itu berpunca akibat varian Delta yang berasal dari India, sekali gus menjejaskan sistem kesihatan di Moscow.

Timbalan Datuk Bandar Moscow Anastasia Rakova kerajaan menambah jumlah katil kepada 24,000 berbanding 17,000 sebelum ini.

Moscow yang menjadi pusat penularan virus itu merekodkan hampir separuh daripada keseluruhan 5.3 juta kes di seluruh negara.

Semalam Datuk Bandar Moscow berkata hampir 90% kes baharu yang dicatatkan melibatkan varian Delta.

Peningkatan mendadak kes di bandar itu memaksa pihak berkuasa mengetatkan semula larangan selepas beberapa bulan penduduk menjalani kehidupan normal. – AFP, 19 Jun, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen