RATUSAN penerbangan dibatalkan dan kawalan masuk diperketatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Baoan Shenzhen di selatan China selepas seorang pekerja restoran dikesan positif Covid-19 varian Delta.
Shenzhen Airport Group dalam satu kenyataan berkata setiap individu yang memasuki fasiliti itu perlu menunjukkan keputusan saringan Covid-19 yang dibuat dalam tempoh 48 jam.
Pihak berkuasa kesihatan berkata pelayan restoran berusia 21 tahun dijangkiti virus itu versi varian Delta.
Wanita itu dikesan positif selepas menjalani ujian rutin untuk staf lapangan terbang pada Khamis lalu.
Semalam, China melaporkan 30 kes baharu Covid-19 termasuk enam kes penularan tempatan di wilayah Guangdong, lokasi yang menempatkan Shenzhen.
Hampir 400 penerbangan keluar masuk ke lapangan terbang itu dibatalkan ekoran kes itu.
Penumpang akan menerima pulangan wang tiket tanpa dikenakan penalti. – AFP, 19 Jun, 2021.
Komen