Kadar kebolehjangkitan Covid-19 kekal 0.95


Setakat semalam, 4,276 korban waka Covid-19 dilaporkan Malaysia.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Jun, 2021.

KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di seluruh negara berdasarkan kes harian berada pada tahap 0.95, setakat semalam.

Kadar itu yang menjangkakan jangkitan baru dari satu kes tunggal pada satu-satu masa tertentu, kadar sama juga dilaporkan pada 17 Jun dengan Rt secara konsisten berada di bawah 1.0 sejak 6 Jun lalu.

Negeri Sembilan merekodkan Rt tertinggi sebanyak 1.08, menurut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di media sosialnya.

Labuan dan Sabah pula merekodkan kadar Rt tertinggi kedua iaitu 1.0.

Perlis mempunyai Rt terendah, 0.72.

Manakala RT untuk Kuala Lumpur dan Johor adalah 0.97; Pulau Pinang dan Kelantan (0.78); Putrajaya dan Pahang (0.81); Perak (0.82), Terengganu (0.74); Sarawak (0.98); dan Kedah (0.85).

Semalam, 6,440 kes baru Covid-19 dilaporkan, meningkatkan jumlah kes terkumpul wabak di Malaysia kepada 685,204.

Setakat semalam, 894 orang sedang dirawat dalam unit rawatan rapi di seluruh negara dengan 451 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 19 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen