VARIAN baharu Covid-19 disyaki menyebabkan berlakunya lonjakan mendadak kes di Rusia ketika usaha vaksinasi yang bergerak perlahan di negara berkenaan.
Datuk Bandar Sergei Sobyanin berkata kemungkinan besar varian baharu itu lebih agresif dan merebak dengan lebih cepat.
Beliau berkata jumlah jangkitan harian meningkat dari 3,000 hingga 7,000 kes dalam beberapa hari dan dijangka meningkat lebih 9,000 hari ini.
“Angka ini tiga kali ganda meningkat dan ia belum pernah terjadi seperti gelombang sebelum ini,” katanya menerus persidangan video bersama kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan.
Pada Rabu, datuk bandar juga mengarahkan vaksinasi mandatori terhadap penduduk Moscow yang bekerja di industri perkhidmatan berikutan peningkatan dramatik dalam jangkitan koronavirus.
Kira-kira 60 peratus daripada pekerja industri perkhidmatan di Moscow atau lebih dua juta orang diarahkan untuk diberi vaksin sepenuhnya menjelang 15 Ogos termasuk pemandu teksi, kakitangan pusat kebudayaan dan pekerja restoran.
Sobyanin pada Sabtu mengumumkan minggu “tiga bekerja” di ibu negara berkenaan bagi mengawal jangkitan virus.
Pegawai kesihatan Moscow dalam beberapa minggu lalu turut melaporkan peningkatan jumlah jangkitan baharu secara berterusan, mencerminkan tren di seluruh Rusia.
Menteri Kesihatan Mikhail Murashko menerusi persidangan video itu berkata, jumlah kes di Rusia meningkat 30 peratus dalam beberapa minggu lalu dan mereka berusia 30 hingga 40 tahun antara yang terjejas.
Ketua pemantau kesihatan Rospotrebnadzor, Anna Popova pula berkata varian India (Delta) jelas berkembang sejak dua minggu lalu.
Peningkatan angka jangkitan berlaku ketika pihak berkuasa berusaha menggalakkan penduduk mendapatkan vaksin walaupun kempen percuma dilakukan pada Disember lalu.
Sehingga kini hanya 1.8 juta daripada 12 juta penduduk Moscow sudah mendapatkan vaksin.
Menurut lama web Gogov, sejak Disember tahun lalu hanya 19 juta daripada 146 juta populasi keseluruhan negara itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Rusia mengatasi Britain sebagai negara Eropah yang mencatatkan kes kematian tertinggi dengan 127,992 kes.
Bagaiamanapun menurut agensti statistic Rosstat yang menggunakan definisi klinikal kematian berkaitan Covid-19 berkata sekurang-kurangnya 270,000 penduduk Rusia meninggal dunia akibat koronavirus. – AFP, 18 Jun, 2021.
Komen