BRITAIN semalam mencatatkan 11,007 kes baharu Covid-19 dengan kemunculan varian Delta menyebabkan jumlah kes keseluruhan melepasi angka 10,000 untuk pertama kalinya sejak akhir Februari.
Kerajaan pada Isnin mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan tarikah melonggarkan sekatan Covid-19 kerana bimbang dengan kemunculan varian baharu yang pertama kali dikesan di India.
Kerajaan berkata, penangguhan selama empat minggu akan memberi masa untuk memvaksinasi sepenuhnya berjuta-juta penduduk.
Angka kematian masih rendah dengan 19 kematian dicatatkan semalam.
Vaksin ini dipercayai sangat berkesan untuk mencegah penyakit serius dari varian berkenaan.
Tetapi ada kebimbangan adakah peningkatan jumlah kes meningkatkan kematian sama seperti gelombang sebelum ini yang menyaksikan 127,945 meninggal dunia akibat Covid-19.
Laporan kerajaan yang diterbitkan semalam mendapati kes-kes meningkat di seluruh England disebabkan oleh sebilangan mereka yang tidak divaksin.
Data menunjukkan kes meningkat dua kali ganda setiap 11 hari. – 18 Jun, 2021.
Komen