DENGAN pengasas entiti perdagangan forex JJ Poor to Rich (JJPTR) Johnson Lee ditahan polis untuk membantu siasatan hari ini, pelabur kini tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas ini.
Simon, yang melabur di entiti perdagangan mata wang asing itu sejak hampir setahun lalu berkata dia tidak tahu apa rancangan JJPTR selepas ini.
Katanya, keadaan kelihatan lebih rumit sekarang dengan laporan polis dan Lee ditahan untuk siasatan.
“Saya tidak tahu apa langkah seterusnya yang akan mereka ambil,” katanya yang berasal dari Pulau Pinang kepada The Malaysian Insight.
“Saya tidak dengar khabar berita daripada ‘up-line’ saya. Dia beritahu tidak ada maklumat lanjut.
“Mungkin mereka di atas dia pun tidak tahu atau mereka belum boleh beritahu apa-apa,” a.
Simon sudah pulang modal dan dapat kembali wang pelaburannya AS$1,000 sejak menyertai permainan wang itu tahun lalu, tetapi saudara dan rakannya yang baru melabur dalam skim lebih bimbang sama ada wang pelaburan mereka akan dipulangkan atau tidak.
“Mereka sudah menyerahkan maklumat kepada syarikat itu untuk mendapatkan kembali wang mereka.
“Saya harap mereka dapat,” katanya.
JJPTR, yang memulakan perniagaan pada Mei 2015 menawarkan pelabur jaminan pulangan bulanan 20% untuk pelaburan serendah AS$25 hingga maksimum AS$1,000.
Semuanya berjalan lancar untuk syarikat dan 400,000 pelaburnya di Malaysia dan luar negara hingga penghujung bulan lalu apabila Lee mendakwa akaun perdagangan JJPTR digodam, menyebabkan kerugian lebih SS$400 juta (RM1.7 bilion).
Dakwaan godam itu membimbangkan pelabur dan sesetengahnya membuat laporan polis, yang menyebabkan polis mula menyiasat JJPTR kerana didakwa menpu.
Sejak hujung bulan lalu, pejabat JJPTR mengumpul maklumat ahli untuk mempercepatkan urusan pemulangan wang.
Lee sendiri memuat naik beberapa video di Facebook JJPTR sejak beberapa minggu lalu untuk memberi keyakinan kepada pelabur yang dia tidak melarikan diri dengan wang mereka dan sedang cuba membayar semula wang berkenaan.
Minggu lalu Lee muncul pada satu majlis anjuran Gerakan di Kuala Lumpur untuk mengembalikan wang kepada 100 pelabur yang kurang upaya.
Tetapi Jumaat lalu, termasuk polis dan Bank Negara Malaysia menyerbu lapan premis JJPTR di Pulau Pinang dan merampas dokumen, komputer dan barangan lain.
Polis juga mengambil keterangan 1 kakitangan JJPTR dan empat pelabur untuk membantu siasatan.
Sejak serbuan itu, pejabat JJPTR ditutup.
Seorang pekerja restoran yang berjiran dengan ibu pejabat JJPTR di Jalan Perak berkata pejabat itu ditutup selepas serbuan.
“Tidak ada orang datang buka pejabat itu sejak serbuan. Hanya beberapa pelabur datang dan bila lihat pintu tutup, mereka pergi,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Raymond, seorang lagi pelabur dari Pulau Pinang, di mana JJPTR berpangkalan dan mempunyai ramai pelabur, berkata dia juga tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada syarikat itu dan wang AS$500 yang dilaburkannya beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, beliau bersedia menerima segala keadaan, jika dia tidak berjaya mendapatkan semula modalnya.
“Bila anda sertai skim seperti ini, anda tahu risikonya tinggi. Seperti mereka cakap, tinggi untung, tinggi risiko.
“Saya sedar saya mungkin hilang wang. Saya hanya melabur sedikit saja,” katanya.
Raymond masih optimistik yang keadaan JJPTR akan pulih.
“Saya tahu ramai orang tuduh dia menipu pelabur tetapi jika anda banding dia dengan yang lain seperti Red Island, Lee masih ada di sini.
“Dia tidak lari dari Malaysia seperti penipu lain yang lesap. Dia masih di sini walaupun kena tahan,” katanya.
Raymond berkata Lee juga cuba memberi penjelasan dan memulangkan wang pelabur.
“Jadi, saya rasa Lee tidaklah tidak bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.
Tetapi dengan Lee kini dalam tahanan polis untuk siasatan, Raymond percaya proses pemulangan wang akan terjejas. – 16 Mei, 2017.
-jjptr-timeline-1608-02-1.jpg)
Komen