Peguam berbeza pandangan dalam pertikaian Ketua Hakim, Majlis Peguam 


Bede Hong

Peguam memberikan pandangan berbza mengenai tindakan Ketua Hakim Raus Sharif menapis ucapan presiden Majlis Peguam dan Peguam Negara pada pembukaan tahun perundangan (OLY). – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 12 Januari, 2018.

BEBERAPA peguam menyuarakan pandangan berbeza sama ada Ketua Hakim Raus Sharif berhak dalam menapis ucapan presiden Majlis Peguam dan Peguam Negara untuk bercakap pada pembukaan tahun perundangan (OLY) hari ini. 

Raus hari ini memberitahu pemberita bahawa beliau satu-satunya menyampaikan ucapan pada OLY tahun ini dan ia akan menjadi “janggal” dan “tidak wajar” untuk presiden Majlis Peguam menyentuh berhubung pelantikan bekas ketua hakim kerana perkara itu kes undang-undang yang sedang berjalan. 

Presiden Majlis Peguam, George Varughese dan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali tidak diundang untuk bercakap pada prosiding hari ini. Majlis Peguam memboikot acara itu. 

Peguam hak asasi manusia, Azhar Harun dalam posting di Facebooknya hari ini berkata, beliau bersetuju dengan Raus, Varughese tidak sewajarnay menyentuh berhubung pelantikan Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin. 

“Sejujurnya saya tidak memihak kepada Presiden Majlis Peguam dalam isu ini. Dan saya bersetuju dengan Ketua Hakim,” kata Azhar. 

Tambahnya, pandangan berhubung “ketidaksesuaian pelantikan itu” sepatutnya didengar di Mahkamah dalam kes yang difailkan oleh Majlis Peguam untuk mencabar perlembagaan pelantikan itu. 

“Kali ini, Majlis Peguam salah!” kata Azhar. 

“Ini adalah majlis rasmi, dirasmikan oleh Ketua Hakim. Dan di sini kita mengkritik Ketua Hakim dan membuat hujahan mengenai pelantikan yang mana terdapat kes mahkamah berhubung isu itu!

“Itu sebabnya, saya rasa adalah betul tindakan Tun Raus untuk tidak jemput Presiden Majlis Peguam dan Peguam Negara,” kata Azhar. 

Majlis Peguam telah memfailkan saman pemula pada 10 Oktober di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Raus dan Zulkefli, meminta pengisytiharan bahawa pelantikan mereka adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Perintah mahkamah juga diminta untuk dipindahkan dari pejabat masing-masing, dengan Majlis Peguam berpendapat bahawa kedua-dua mereka berkhidmat melebihi had usia 66 tahun dan 6 bulan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Varughese, dalam satu kenyataan yang memberi maklum balas kepada komen Raus hari ini, berkata Pejabat Ketua Hakim telah meminta beliau menurunkan subjek pelantikan itu dari ucapannya.

Varughese berkata beliau “berpegang teguh” dengan kepercayaan bahawa ucapan presiden majlis peguam tidak boleh ditapis dan percubaan untuk melakukannya oleh badan kehakiman mewakili “serangan” pada kumpulan peguam, yang jumlahnya 17,000 ahli.

Peguam kepada Dr Mahathir Mohamad, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata Varughese, dalam kapasitinya sebagai presiden Majlis Peguam, sepatutnya diberi peluang untuk bercakap dengan bebas di prosiding.

“Secara peribadi, saya mempunyai penghormatan tertinggi bagi ahli-ahli badan kehakiman. Mereka semua lebih berkebolehan.

“Secara profesionalnya, bagaimanapun, adalah salah bagi Ketua Hakim Negara untuk bukan sahaja menghapus hak Presiden Majlis Peguam dan Peguam Negara untuk menyampaikan ucapan mereka pada pembukaan, tetapi paling teruk lagi untuk menukar nama itu kepada ‘pembukaan tahun kehakiman’,” kata Haniff.

Haniff berkata pembukaan tahun undang-undang itu adalah “urusan sombre” yang dimaksudkan untuk meraikan profesion undang-undang dan harus menjadi tradisi yang disimpan dalam kesinambungan.

“Ia bertujuan mengkaji semula peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku di mahkamah pada tahun yang akan datang, dengan pandangan bahawa apa-apa isu yang perlu diteruskan perlu dibincangkan atau diraikan,” katanya.

“Tidak ada alasan bahawa mana-mana bahagian dari jadual itu akan menentang nilai-nilai persaudaraan undang-undang. Pada mana-mana fungsi rasmi seperti itu, anda perlu memberi pihak-pihak yang berkaitan peluang bercakap,” katanya.

Haniff berkata isu lanjutan tempoh perkhidmatan dua kerusi tertinggi dalam badan kehakiman tidak boleh dinafikan: “Ini adalah krisis perlembagaan dalam membuat keputusan sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya. Anda tidak boleh lari dari isu ini.”

“Ia boleh dibincangkan, sudah tentu dengan kesopanan, supaya semua pihak berkepentingan dapat mendidik orang ramai tentang mengapa mereka mengambil pandangan sedemikian.

“Membawa isu itu ke mahkamah bukan faktor untuk menghentikan perbincangan awam mengenainya, bahkan oleh pihak-pihak di hadapan mahkamah,” katanya.

Peguam jenayah Rajsurian Pillai percaya bahawa perubahan format boleh dilihat sebagai “percubaan untuk menutup mulut Majlis Peguam Bar daripada menyuarakan pandangan mereka mengenai perkara itu.”

“Setiap badan harus diberi peluang untuk bercakap dan tidak ditutup mulut semata-mata kerana apa yang perlu dikatakan tidak sihat.”

Rajsurian tidak bersetuju dengan alasan Raus kerana tidak membenarkan presiden Majlis Peguam bercakap dengan bebas.

“Hanya kerana ia mungkin janggal, kerana dia meletakkannya, bukan alasan yang baik untuk menutup mulut Majlis Peguam dari bercakap. Kedudukan Majlis Peguam adalah untuk menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau memihak.” – 12 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen