MALAYSIA berjaya mencapai sasaran untuk memberikan 200,000 dos Covid-19 vaksin sehari apabila sebanyak 215,876 suntikan diberikan semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata ia menjadikan jumlah suntikan kepada 4.9 juta.
Dos yang diberikan semalam, 160,266 adalah suntikan pertama dan 55,650 adalah suntikan kedua.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata kerajaan mensasarkan untuk memberi 200,000 suntikan setiap hari menjelang Julai, dan 300,000 setiap menjelang Ogos.
Langkah yang diambil untuk mempercepat vaksinasi termasuk mewujudkan lebih banyak pusat vaksinasi di seluruh negara dan menggunakan klinik swasta.
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah semalam juga memberikan persetujuan bersyarat untuk penggunaan vaksin Covid-19 jenis suntikan tunggal yang dibangunkan oleh CanSino dan Johnson & Johnson.
Susulan angka vaksinasi semalam, menyaksikan 3.43 juta dos pertama dan 1.47 juta dos kedua sudah diberikan. – 16 Jun, 2021.
Komen