Kematian Covid-19 di AS lepasi 600,000 kes


Perkembangan program vaksinasi di Amerika Syarikat dipuji apabila New York mengumumkan lebih 70 peratus golongan dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Gambar EPA, 16 Jun, 2021.

ANGKA kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 600,000 kes semalam mendahului Brazil dan India.

Perkembangan program vaksinasi di negara itu dipuji apabila New York mengumumkan lebih 70 peratus golongan dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan sekatan pergerakan di negara itu dilonggarkan.

“Masih terlalu banyak nyawa yang hilang,” kata Presiden Joe Biden sambil berkata bahawa walaupun jumlah kematian setiap hari menurun dengan mendadak

Biden menetapkan 4 Julai untuk menyasarkan 70 peratus orang dewasa AS menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tetapi beberapa negeri di Selatan tertinggal jauh dan mungkin akan ketinggalan.

Di New York, di mana lebih 33,000 meninggal dunia akibat Covid-19 mengambil langkah ke depan apabila hampir semua sekatan ditarik semula.

Gabenor Andrew Cuomo berkata mereka sudah melakukan 70 peratus vaksinasi.

“Ini adalah tujuan nasional dan kita mencapainya lebih awal dari jadual. Ini bermakna kita dapat kembali hidup seperti sedia kala,” katanya. – AFP, 16 Jun, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen