Kadar pemberian vaksin hampiri 200,000 dos semalam


Sebanyak 197,963 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 142,890 orang menerima suntikan pertama, sementara 55,073 orang menerima dos kedua. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 15 Jun, 2021.

SEBANYAK 197,963 dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Daripada jumlah ini, 142,890 orang menerima suntikan pertama mereka sementara 55,073 orang menerima dos kedua.

Ini menjadikan jumlah dos yang diberikan pada jam 11.59 malam semalam adalah sebanyak 4.68 juta.

Sebanyak 1.41 juta orang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya sementara 3.27 juta menerima satu dos vaksin.

Kuala Lumpur menyaksikan jumlah vaksinasi tertinggi dengan 700,566 dos diberikan.

Kerajaan menyasarkan 300,000 dos yang akan diberikan setiap hari menjelang Ogos.

Sementara itu kira-kira 13.81 juta orang sudah mendaftar vaksinasi.

Malaysia melaporkan 4,949 kes baharu semalam berbanding 6,588 kes pulih dan 60 kematian. Kes aktif berjumlah 71,625. – 15 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen