Putin harap kerjasama dengan PM baharu Israel 


Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Naftali Bennet yang kini memegang jawatan perdana menteri Israel.– Gambar EPA, 14 Jun, 2021.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada perdana menteri baharu Israel Naftali Bennet dan menyatakan harapan untuk kerjasama konstruktif selepas gabungan parti di Israel menggulingkan Benjamin Netanyahu. 

“Saya mengharapkan tugas anda memimpin kerajaan membantu dalam perkembangan kerjasama dua hala yang lebih membina dalam semua bidang,” kata Putin dalam satu mesej yang dikeluarkan oleh Kremlin.

“Tiada keraguan lagi, ini adalah demi kepentingan rakyat kita.” 

Tambahnya, kerjasama Rusia-Israel akan membantu memperkukuhkan keamanan dan kestabulan di Timur Tengah. 

Bennet merupakan nasionalis Yahudi berhaluan kanan yang juga jutawan, mengambil alih pentadbiran Israel bersama gabungan lapan parti. 

Gabungan itu sekali gus menamatkan kuasa Netanyahu yang mentadbir Israel selama 12 tahun. – AFP, 14 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen