11 daripada 15 kluster baharu Covid-19 libat tempat kerja, kata KKM


Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,477 kluster dengan 766 kluster aktif manakala jumlah keseluruhan kluster telah tamat ialah 1,711. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Jun, 2021.

SEBANYAK 15 kluster baharu dikesan hari ini dengan 11 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, tiga kluster melibatkan komuniti dan satu kluster pendidikan tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah Industri Jalan Sijangkang Utama, Industri Sungai Chandong Sembilan dan Industri Jalan Anggerik Mokara (Selangor), PLO Perindustrian 65, Tembikar Jalan Johor dan Kampung Choh (Johor) serta Jalan Agaseh dan Lorong Satu A di Sabah.

Kluster tempat kerja lain adalah Desa Tun Razak 2 (Kuala Lumpur), Industri Jalan Usaha Merlimau (Melaka) dan Industri Jalan Sepuluh di Kelantan.

Selain itu, kluster komuniti dikesan di Kampung Sebandi Hilir dan Kampung Tabuan Haji Drahman  (Sarawak) serta Kebayau (Sabah) manakala kluster pendidikan tinggi iaitu Dah Sintok (Kedah).

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,477 kluster dengan 766 kluster aktif manakala jumlah keseluruhan kluster telah tamat ialah 1,711.  – 13 Jun, 2021.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen