Malaysia bangunkan 2 vaksin Covid-19, kata Dr Adham


Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, vaksin itu sedang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan. – Gambar The Malaysian Insight, 13 Jun 2021.

MALAYSIA sedang berusaha membangunkan dua jenis vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini.

Vaksin itu sedang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan.

“(Pembangunan) dua vaksin daripada tekonologi vaksin asid ribonukleat atau mRNA dan jenis virus dinyahaktifkan itu adalah sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan kapasiti pembangunan vaksin di samping persiapan lain untuk menghadapi pandemik pada masa depan ,” kata Adham dalam catatan di Facebook.

Malaysia pada masa ini mengguna pakai vaksin jenama Pfizer-BioNTech, Vaxzevria oleh AstraZeneca-Oxford dan Sinovac dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

 Syarikat gergasi farmasi tempatan, Pharmaniaga Bhd juga melakukan proses pembotolan dan penyelesaian vaksin Sinonac. – 13 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen