KKM kesan 24 kluster baharu Covid-19


Kluster keseluruhan yang dikesan KKM berjumlah 2,462 dengan 761 daripadanya masih aktif. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Jun, 2021.

SEBANYAK 24 kluster baharu dikesan hari ini dengan 15 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, tujuh kluster melibatkan komuniti dan dua di pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah Industri Batu 46, Industri Jalan Bandar Lama, Industri Jalan Sellathevan dan Industri Jalan Udang Galah di Selangor, Flora Blue Valley dan Industri Jalan 1/6 Gebeng (Pahang) serta Industri Jalan Haruan Enam dan Industri Taman Melur (Negeri Sembilan).

Kluster tempat kerja lain adalah Jalan Perindustrian Bukit Minyak Tiga dan Perusahaan Baru Satu (Pulau Pinang), Jalan Pekeliling Tanjung dan Jalan Besar Simpang Renggam (Johor), Jalan Lai Tet Loke (Kuala Lumpur), Desa Pulau Rusa (Terengganu) dan Dah Bukit Makmur (Kedah).

Manakala tujuh kluster komuniti adalah Kampung Kubang Batu dan Kedai Ketereh di Kelantan, Kampung Sinar Budi Baru dan Melatai (Sarawak), Kampung Baru Sipitang, Indah dan Ambar Park (Sabah), selain kluster pusat tahanan iaitu Tembok Bukit Mertajam (Pulau Pinang) dan Jalan Bachok-Tok Bali (Kelantan).

“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,462 kluster dengan 761 kluster aktif,” katanya dengan menambah jumlah keseluruhan kluster yang ditamatkan ialah 1,701. – 12 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen