SURAT kelulusan bagi membolehkan perniagaan beroperasi, membuat perjalanan berkaitan untuk dua minggu pertama sekatan pergerakan penuh masih terpakai sehingga 28 Jun ini, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti)
Syarikat yang telah mendapatkan surat kelulusan sejak 1 Jun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, tidak perlu membuat permohonan baharu.
“Miti ingin memaklumkan bahawa surat kelulusan yang telah diperolehi sebelum ini oleh syarikat melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi PKP 3.0 bermula 1 Jun 2021, masih terpakai sepanjang tempoh pelanjutan PKP 3.0, bermua hari Selasa, 15 Jun sehingga Isnin, 28 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas fasa PKP 3.0 sekarang ini disambung untuk dua minggu lagi, hingga 28 Jun.
Ia pada mulanya dijadualkan berakhir 14 Jun.
Ketika mengumumkan PKP 3.0, Putrajaya berkata ia akan disusuli sekatan pergerakan yang lebih longgar selama empat minggu, dengan syarat jumlah kes Covid-19 turun.
Bagaimanapun, pelanjutan dibuat memandangkan kes harian terus meningkat atas 5,000.
CIMS yang dikendalikan Miti digunakan sebagai portal sehenti untuk permohonan surat kelulusan; namun, kementerian yang berbeza bertanggungjawab meluluskan syarikat di bawah bidang kuasa masing-masing.
Hanya syarikat dan perkhidmatan yang disenaraikan sebagai penting dibenarkan beroperasi semasa PKP 3.0. – 12 Jun, 2021.
Komen