JAWATANKUASA pengurusan bencana Sarawak telah memberitahu seorang ahli politik pembangkang bahawa lawatan rasmi Ketua Menteri Abang Johari Openg ke Kapit semalam “patuh sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa.”
Jawatankuasa bencana berkata lawatan itu, untuk melihat persediaan Kapit melaksanakan program vaksinasi, meninjau kemudahan perubatan tempatan dan secara simbolik menyerahkan bakul makanan juga telah diakui jawatankuasa tersebut.
Ketua Parti Sarawak Bersatu (PSB) Kapit Kristoffer Nyuak Bajok menyifatkan acara yang diadakan sepanjang PKP penuh itu sebagai tindakan “tidak bijak dan tidak wajar”.
Bajok berkata perhimpunan itu, yang menurutnya menarik ramai orang tentunya berlawanan dengan SOP PKP dan “terlalu bahaya”.
“Semua VVIP mungkin dilindungi sebab sudah diberi vaksin tetapi bukan semua penduduk Kapit telah divaksin.
“Kita cakap tentang PKP penuh untuk kekang peningkatan jangkitan dan sedang usaha untuk capai imuniti kelompok.
“Tapi macam mana nak jadi bila ramai orang berhimpun macam ini, yang dianjur oleh GPS sedangkan semua penduduk di sini belum divaksin sepenuhnya,” katanya.
Bagaimanapun, jawatankuasa bencana menafikan dakwaan orang ramai dengan menekankan “hanya tetamu terhad dan relevan sahaja yang diundang, mengikut protokol SOP”.
Dikatakan mereka yang dijemput adalah penerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang - seorang wakil untuk kawasan Parlimen Kapit, enam wakil untuk tiga kerusi DUN yang membentuk kerusi Parlimen dan empat pemimpin masyarakat dari bahagian itu.
Tambah jawatankuasa itu, semua yang hadir juga menjalani SOP pemeriksaan suhu badan, pendaftaran MySejahtera di bawah pengawasan pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.
“Yang lain yang hadir dalam acara tersebut adalah anggota jawatankuasa penganjur, anggota keselamatan dan anggota media.
“Tidak ada orang lain yang terlibat,” jelasnya.
Sebelum ke Kapit, ketua menteri telah mengunjungi bandar-bandar lain, termasuk Miri, Sibu dan Bintulu untuk tujuan serupa. – 11 Jun, 2021.
Komen