USUL undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kerana orang yang menyokong kerajaan hari ini ada agenda mereka sendiri, kata Dr Mahathir.
Bekas perdana menteri berkata walaupun Parlimen bersidang dan usul difailkan, Muhyiddin masih tetap berkuasa kerana sokongan kepada kerajaan hari ini untuk selamatkan diri mereka sendiri.
“Jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen, ia tidak akan beri kesan kerana saya syak orang yang sokong kerajaan hari ini…mereka sokong kerana masalah mereka.
“Jadi, sekiranya mereka jatuhkan kerajaan Muhyiddin, mereka sendiri akan terkeluar dari kerajaan. Pada mereka, berada di luar kerajaan sangat bahaya kerana mereka ada kes mahkamah. Mereka merasakan jika berada dalam kerajaan, mereka mampu melakukan manipulasi.
“Jika kamu ke Parlimen untuk bincangkan gerakan usul atau undi, ia tidak akan buat apa-apa untuk ubah kerajaan. Kerajaan hari ini masih akan ada,” kata ahli Parlimen Langkawi pada sidang media hari ini.
Tahun lalu, lima ahli Parlimen dari parti Pejuang secara berasingan memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin, menyatakan hilang kepercayaan kepada dewan.
Ini adalah usul kedua Dr Mahathir selepas usul pertama pada bulan Mei tidak mendapat perhatian di Dewan Rakyat.
Terdahulu hari ini, pengerusi penaja Pejuang meluangkan masa kira-kira 45 minit ke Istana Negara untuk majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.– 10 Jun, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen