Kemboja catat 11 lagi kematian akibat Covid-19


Sehingga kini, lebih 2.77 juta daripada 10 juta penduduk di Kemboja sudah menerima dos pertama vaksin sementara kira-kira 2.28 juta sudah menerima kedua-dua dos vaksin. – Gambar EPA, 10 Jun, 2021.

KORBAN akibat Covid-19 di Kemboja meningkat kepada 300 pada Khamis selepas 11 lagi kematian baharu dilaporkan sejak 24 jam lalu, lapor Xinhua, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu 426 lagi kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini mececah 36,666 kes.

Kes jangkitan itu membabitkan 380 penularan tempatan dan 46 kes import manakala seramai 760 pesakit sembuh menyaksikan keseluruhan kes pemulihan sebanyak 29,807. 

Kemboja dilanda gelombang ketiga penularan tempatan sejak 20 Februari lalu berikutan itu semua sekolah, pusat kecergasan, muzium, pawagam dan tempat hiburan di seluruh negara ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan. 

Program suntikan vaksin Covid-19 di negara ini telah dimulakan pada 10 Februari.

Sehingga kini, lebih 2.77 juta daripada 10 juta penduduk sudah menerima dos pertama vaksin, kata setiausaha negara merangkap jurucakap Kementerian Kesihatan, Or Vandine.

Beliau berkata kira-kira 2.28 juta sudah menerima kedua-dua dos vaksin. – Bernama, 10 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen