Kadar kebolehjangkitan Covid-19 turun lagi, kata KP kesihatan


Lebih 3.9 juta dos vaksin sudah diberikan setakat semalam, dengan 1.22 juta daripada sudah melengkapkan dua dos. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Jun, 2021.

KADAR kebolehjangkitan (R0) terus menunjukkan trend penurunan bagi tujuh hari berturut-turut, turun 0.01 mata peratusan kepada 0.94 semalam.

Labuan, negeri paling kecil melaporkan RO tertinggi iaitu 1.27, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini.

Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Putrajaya, Kedah, Perak, Terengganu dan Perlis merekodkan RO di bawah 1.0.

RO ialah anggaran jangkitan baharu yang mungkin berlaku daripada satu kes.

Malaysia melaporkan 6,239 kes baharu semalam, dengan 7,386 kes pulih dan 86 kematian. Kes aktif kekal pada 81,575.

Walaupun jumlah pesakit pulih lebih tinggi berbanding kes baharu, kes di unit rawatan rapi mencatat rekod baharu 905, dengan 453 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lebih 3.9 juta dos vaksin sudah diberikan setakat semalam, dengan 1.22 juta daripada sudah melengkapkan dua dos. – 10 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen