15 kluster baharu Covid-19, 13 berkait tempat kerja


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain 13 kluster tempat kerja, terdapat satu komuniti dan satu kluster pendidikan, melibatkan sebuah institusi swasta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Jun, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 15 kluster baharu Covid-19, dengan 13 daripadanya berkait dengan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain 13 kluster tempat kerja, terdapat satu komuniti dan satu kluster pendidikan, melibatkan sebuah institusi swasta.

13 kluster disenaraikan KKM hari ini adalah seperti berikut:

1. Sungai Rasau di Klang, Petaling dan Kuala Langat, Selangor - 35 kes
2. Perusahaan Dua Batu Caves, Selangor - 12 kes
3. Industri Balakong Tujuh di Hulu Langat, Petaling dan Gombak, Selangor - 36 kes
4. Camar Lapan di Kuala Langat, Selangor - 8 kes
5. Alam Jaya Dua di Kuala Selangor dan Gombak, Selangor - 62 kes
6. Jalan Wisma di Kota Kinabalu, Sabah - 7 kes
7. Lot Sembilan di Beaufort dan Kuala Penyu, Sabah - 24 kes
8. Kampung Huda di Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat - 24 kes
9. Industri Teluk Kalong di Kemaman, Terengganu - 103 kes
10. Lorong Perusahaan 8A di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang - 34 kes
11. Industri Medan Tasek - 19 kes
12. Jalan Keluli Sembilan, Johor Bahru, Johor - 14 kes
13. Dah Mengkudu di Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Yan, Kedah - 39 kes

Kluster-kluster ini dikesan di kilang, syarikat pembinaan, hotel dan syarikat perkhidmatan.

Sementara itu, kluster komuniti Gong Mengkeleh di Pasir Puteh, Kelantan melaporkan 20 kes.

Putra Sembilan di Putrajaya dan Sepang mencatatkan 10 kes. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar sebuah institusi pendidikan swasta.

Pada masa ini, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 734 kluster aktif di negara ini. – 9 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen