KKM kesan 24 kluster baharu Covid-19


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 730 kluster masih aktif dalam negara. – Gambar EPA, 8 Jun, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 24 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, lebih separuh daripadanya membabitkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut 15 kluster melibatkan tempat kerja:

1) Jalan Satu Olak Dua di Kuala Langat, Selangor (6 kes)

2) Jalan Equine di Petaling, Selangor (29 kes)

3) Jalan Enam C di Hulu Langat, Klang, Petaling dan  Sepang, Selangor (21 kes)

4) Bukit Rahman Lapan di Gombak, Selangor (19 kes)

5) Coral di Kota Kinabalu, Sabah (9 kes)

6) Ocean Blue di Kota Kinabalu, Sabah (99 kes)

7) Segara di Kota Kinabalu, Sabah (11 kes)

8) Industri Tanjung Agas di Tangkak, Johor (8 kes)

9) Jalan Kesang di Tangkak, Johor (19 kes)

10) Dah Mahang Merah di Kulim dan Kuala Muda, Kedah (19 kes)

11) Muda 2 Construction Site in Titiwangsa, Kuala Lumpur (33 cases)

12) Jalan Alamanda Presint Satu di Putrajaya (11 kes)

13) Jalan Seruling di Seberang Perai Selatan (23 kes)

14) Jalan Kota Jelasin di Kota Baru and Tumpat, Kelantan (10 kes)

15) Jalan Sri Jaafar di Bentong, Pahang (32 kes)

Kluster Segara dan Coral melibatkan pekerja-pekerja pelantar minyak di Kota Kinabalu, manakala kluster Jalan Alamanda Presint Satu membabitkan pekerja restoran di Putrajaya.

Kluster tempat kerja lain dikesan di kilang, syarikat dan institusi pendidikan.

Kluster melibatkan komuniti:

1) Kampung Bundu di Kuala Penyu, Sabah (39 kes)

2) Tanjung Aru Baru di Kota Kinabalu, Sabah (30 kes)

3) Ulu Teru di Miri dan Beluru, Sarawak (46 kes)

4) Ulu Sebakong di Mukah, Sarawak (61 kes)

5) Rantau Kenanga di Hilir, Perak (39 kes)

Kluster Ulu Sebakong melibatkan majlis pengebumian.

Kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi:

1) Jalan Melang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan  (29 kes)

2) Teluk Kabung di Johor Bahru, Johor (47 kes)

3) Jalan Cempedak 2 di Kepong, Kuala Lumpur (17 kes)

Hanya satu kluster melibatkan aktiviti keagamaan iaitu Jalan Logah Segamat di Segamat, Johor dengan 14 kes.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,655 kluster diisytiharkan tamat, manakala 730 masih aktif. – 8 Jun, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen