Kandungan karbon di atmosfera meningkat


STESEN penyelidikan atmosfera di Hawaii merekodkan kadar kandungan karbon dioksida di atmosfera tertinggi sejak 63 tahun lalu, menurut sebuah agensi kerajaan.

Menurutnya, pandemik koronavirus memberi kesan kepada peningkatan gas rumah hijau.

Balai Cerap Atmosfera Mauna Loa merekodkan purata 419 ppm pada Mei 2021, meningkat daripada 417 ppm pada Mei 2020, kata Agensi Pengurusan Atmosfera dan Laut Nasional Amerika Syarikat (NOAA).

Scripps Institution of Oceanography dari Universiti California turut teribat dalam penyelidikan itu.

“Kami menganggarkan kira-kira 40 tan metrik pencemaran CO2 ke atmosfera setiap tahun,” kata saintis kanan Makmal Pemantauan Global NOAA, Pieter Tans.

“Ini merupakan sebahagian daripada karbin yang digali dari bumi, dibakar dan dilepaskan ke atmosfera sebagai karbon dioksida. Kita mahu elakkan bencana  perubahan cuaca, keutamaan ialah untuk mengurangkan pencemaran CO2 secepat yang mungkin.”

Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak dihasilkan manusia melalui bahan api fosil yang digunakan dalam pengangkiutan dan jana kuasa, pembinaan, penebangan hutan, pertanian dan amalan lain.

Gas rumah hijau yang memerangkap haba di atmosfera menyumbang kepada pemanasan global.

Peningkatan 1.8 ppm pada Mei 2020 hingga Mei 2021 kurang berbanding tahun sebelumnya. Bagaimanapun pada lima bulan pertama 2021, ia meningkat kepada 2.3 ppm, hampir kepada peningkatan tahunan yang direkodkan antara 2010 dan 2019. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen