KLUSTER aktif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 726 selepas Kementerian Kesihatan melaporkan 23 kluster baharu hari ini dengan sebahagian besar daripadanya berkaitan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata dalam tempoh 24 jam terakhir sebanyak 16 kluster dilaporkan di tempat kerja, enam berkaitan jangkitan komuniti dan satu berkaitan kumpulan berisiko tinggi.
Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah melaporkan empat kluster, Negeri Sembilan melaporkan dua, sementara Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Terengganu dan Kedah masing-masing merekodkan satu kluster.
Angka hari ini adalah penurunan tujuh kluster daripada 30 kluster yang dilaporkan semalam.
23 kluster baharu adalah:
Tempat kerja
1. Integrasi Rawang Satu di Gombak, Selangor Gombak - 12 kes
2. Jalan Keretapi Lama Klang di Klang dan Kuala Selangor, Selangor -14 kes
3. Jalan Tujuh Selatan di Sepang, Petaling, Kuala Langat dan Klang, Selangor – 16 kes
4. Jalan SS Enam di Petaling, Selangor – 31 kes
5. Jalan Perindustrian Tujuh di Tangkak dan Muar, Johor - 25 kes
6. Jalan Parit Hulu di Muar, Johor - 16 kes
7. Jalan Besar Rengit di Batu Pahat, Johor - 10 kes
8. Jalan Airport di Miri, Sarawak - 12 kes
9. Jalan Ilmu di Miri, Sarawak - 24 kes
10. Pedas 2 di Rembau, Negeri Sembilan - 42 kes
11. Industri Kampung Gebok di Seremban, Negeri Sembilan - 57 kes
12. Hamparan di Kinabatangan, Sabah - 27 kes
13. Kampung Gajah Mati di Pasir Puteh, Kelantan - 12 kes
14. Jalan Walter Granier di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 10 kes
15. Jalan Burma di Timur Laut dan Seberang Perai Sentral, Pulau Pinang - 17 kes
16. Dah Ria Jaya di Kuala Muda, Baling dan Sik Kedah - 58 kes.
Komuniti
17. Sungai Durin di Sibu, Sarawak - 22 kes
18. Jalan Masket di Bintulu, Sarawak - 17 kes
19. Taman Wawasan di Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu, Sabah - 32 kes
20. Kg Bolong Baru di Kota Belud, Sabah – 33 kes
21. Jalan Budi di Tawau, Sabah - 10 kes
22. Pelandang di Dungun, Terengganu - 24 kes
Kumpulan berisiko tinggi
23. Jalan Keranji di Johor Bahru, Johor - 28 kes.
Noor Hisham juga berkata bahawa sebanyak 1.635 kluster tamat setakat hari ini. – 7 Jun, 2021.
Komen